Mahu tapi Malu.

Bengkel Pendek kelmarin, “Mahu Tapi Malu.”

Bersama pelajar Sweet Honey Baking Studio. Satu asas utama yang mereka belajar ialah apa itu kekuatan Small Talk? Kemudian MT sulam dengan teknik metafora, penerangan yang memberi kesan lebih jauh untuk Subconscious Mind mereka bereaksi. Di tambah nilai dengan kaedah belajar menggunakan elemen Mind Trigger & Influencing Self Belief..

Kita pengaruhi Takut kepada Berani, Lemau kepada Semangat, Pening kepada Fokus. Mencorakkan bagaimana 1 pasak perkataan mampu juga menghimpun lebih dari sepuluh definisi maksud yang boleh dikongsi mereka bersama. Ianya tentang ability of switching mind set sebagai seseorang yang berada di tahap Pemula..

Kemudian 3 soalan confirmation & reaffirmation kepada setiap sharing mereka di akhir program..

Adakah ianya Perlu? ~PERLU

Adakah ianya Penting? ~PENTING

Adakah ianya boleh terus di guna pakai? ~BOLEH

Yang nampak intinya syukur. Yang masih tak sedar cepat-cepat beli span untuk direnungkan sifatnya. Inilah ilmu dalaman pembangunan diri yang MT usaha perjuangkan sebagai pengimbang ilmu luaran teknikal yang berlambak banyak. Tapi menjadi seperti buih dilautan sahaja kerana apa?

Kerana setting yang serabut dalam fikiran & salah faham tentang apa yang sepatutnya dipertahankan ketika berjuang membawa diri. Kadar serapan minda juga seperti span mati yang mesti diaktifkan semula agar mampu menyerap lebih cepat & banyak. Bukan ilmu itu kadang yang salah. Tapi kemampuan kami sang pelajar untuk menangkap kefahaman sebaiknya, walaupun guru kami sudah pun yang paling hebat di dunia..

Terima kasih Pn Shuriani atas kefahaman keperluan elemen pembangunan diri. Semoga dipermudahkn semua rancangan yang ada. Sampai jumpa lagi di misi yang seterusnya..

#MasterTyro2023

#MahuTapiMalu

#SpanKerasResetting