Latihan Dalam Toihaan Toastmasters Club

Kemarin datang “ngamm-ngamm” contest mau mula sudah. Pertandingan tahunan dalam Toastmasters International mula dari Level Kelab sehingga ke Level Dunia jika betul-betul berusaha. MT sudah hampir 10 tahun dengan Toihaan Toastmasters Club di KK. Jadi memang rutin sudah begini sambil terus latihan bercakap dengan semua sahabat baru & lama..

Apa saja kemahiran yang kita ada ni macam parang. Kalau tidak di asah boleh jadi tumpul. Berlatih kerap kemudian mencari tempat untuk melihat aras mana yang sedang berjaya kita kuasai. Ada yang berlatih di tanah, di air, di udara, di laut. Ada yang berlatih di depan, di belakang, di kiri & di kanan. Ada yang berlatih kelihatan ada yang tidak kelihatan. Apa yang penting ialah untuk terus berlatih walau tiada siapa pun tahu. Masyarakat memang mementingkan hasil. Tapi diri sendirilah yang akan menikmati prosesnya..

Next level nanti peringkat Division pada April & District pada Mei 2024. Ideanya ialah MT mengajak kepada yang lama sudah menyimpan hasrat belajar, jomm jangan di tahan & di tangguh lagi. Padi kalau tidak mula di tanam pasti tiada yang boleh di tuai. Kita tidak mengejar pandai, tapi kita mengejar potensi yang kita boleh capai bila semakin banyak kemahiran boleh kita gunakan sebaiknya..

Alhamdulillah.. semoga kita semua terus sihat, diberi umur panjang & mudah-mudahan mendapat rahmat & kasih sayang daripadaNya. Prektis mental conditioning pendek MT sekarang begini,

“Masalah itu hanya Situasi. Apa sahaja Situasi pula hanya menjadi Latihan. Latihan itulah yang mempersiapkan kita menjadi Manusia..”

Tajuk MT semalam,

Kematangan Bukan Automatik..

#MasterTyro2024

#ToihaanToastmastersClub

#LatihanSituasi