Sesi PKPS bersama SAR AnNur Cahayaku

Alhamdulillah.. MT xpernah sangka anak murid yang kerdil ini mampu juga memberi sedikit sebanyak manfaat kepada gurunya satu ketika dulu. Masa MT kecil sekolah petang sekolah agama dulu-dulu, Ustaz ni lah yang ajar MT tulis khat, mengaji & macam-macam lagi. Waktu tu dia single lagi katanya semalam. Sambil sesi sempat lah juga kami berjejak kasih mengimbau kembali kisah-kisah dahulu..

Bila kali ni jodoh mempertemukan kami semula dalam sesi pertama, MT mulakan entry perkongsian Psikologi Kepimpinan dalam Pengurusan Syarikat bersama Top Management SAR Annur Cahayaku. Atau singkatannya sesi PKPS. Sesi pertama lebih kepada Ice Breaking & Information or Data Gathering satu sama lain. Tak kenal maka tak cinta. Untuk membantu dengan lebih berkesan, MT kena juga mula “diagnos” sendiri kembali situasi semasa untuk mendapatkan data yang MT perlukan..

Pelanggan biasanya akan berkongsi awal situasi yang dihadapi. Namun self observation perlu juga diteruskan untuk mengesahkan dan melihat dari kaca mata MT sendiri. SAR Annur Cahayaku mempunyai potensi tersendiri. Boleh pergi lebih jauh dengan menggabungkan kefahaman teknikal & fundamental bersama-sama. MT kata, ilmu fundamental atau EQ ni ilmu akar untuk kita kukuhkan dahan-dahan yang sedia ada. Andai kita berjaya menguasainya, sampai meninggal masih boleh dipakai. Cabaran ilmu lain seperti teknologi base mesti sentiasa diperbaharui mengikut peredaran zaman..

Apa pun siri pertama syukur selesai berjaya dilaksanakan. Next MT akan cuba kembangkan dengan membawa sisi aplikasi pula bagaimana ilmu contohnya seperti BMC mendapat booster tersendiri bila digabungkan dengan sentuhan khidmat kepakaran Emotional Intelligence LARP Consulting. MT sedang membayangkan kerjasama kami akan mampu membentuk satu pasukan baru yang boleh menjiwai nilai-nilai tinggi dalam industri yang diperjuangkan oleh SAR Annur Cahayaku pada ketika ini..

Mendengar sendiri komen Ustaz tentang topik yang MT bawa, katanya beliau selalu dipanggil memberikan ceramah di sana sini. Tapi perkongsian MT memberi ruang kepadanya melihat pelbagai sisi baru yang berbeza untuk digabungkan dengan kontennya yang sedia ada. Syukur sangat MT dengar bila guru sudah komen begitu. Berbeza perasaan bahagia dapat bantu menambah nilai kepada guru sendiri. Ia menguatkan lagi semangat MT untuk terus berusaha memperkenalkan & mempromosikan budaya belajar dengan kaedah E.I LARP Consulting ni..

Mudah-mudahan apa yang diusahakan sekarang membawa lebih banyak kebaikan lagi di masa depan. Doakan kita semua terus sihat ya. Thinking pattern yang MT selami bulan ni untuk sentiasa membumi berbunyi begini, “Ada Langit di atas Langit..” Siapalah kita tanpa guru-guru kita yang terdahulu, kini & yang ke depan nanti..

#MasterTyro2024

#SesiPKPS

#FundamentalMastery