Memperkenalkan EI LART Consulting dengan bahasa mudah..
Bila MT dapat jemputan mengisi salah satu slot sehari, pagi sampai malam bersama RATA atau Ranau Tourism Association, MT cuba “diagnos” situasi dulu. Apakah yang akan kita jumpa nanti. Penting memahami situasi sebelum melakukan apa-apa tindakan & ini kefahaman paling asas untuk kita semua. MT juga kena faham, adakah apa yang MT ada sesuai dengan kehendak mereka? Bolehkah MT memberikan solusi yang akan menambah nilai kepada situasi semasa? Ketika mereka memanggilnya motivasi, MT kata jomm kita panggil ini ilmu meningkatkan kesedaran empati dalam diri.. (EI – Emotional Intelligence Skills)
Sesi mereka seminggu kategori “Skills Transfer” anjuran RATA bersama KPKT. RATA sangat memahami keperluan program bila mereka faham peserta yang datang berlatar belakangkan status e-kasih, bukan semuanya usahawan, apa lagi ahli perniagaan. Tapi lebih ramai dalam kategori sara hidup. Jarak gabungan umur yang besar, selain perbezaan tahap pendidikan menyebabkan mereka perlu mencipta kelainan dalam program ni. Tidak boleh cuma skill teknikal sahaja. Tapi mesti ada sentuhan pembangunan diri. Kebiasaan program memang mengukuhkan teknikal tapi akhirnya kerana kefahaman dalaman peserta yang kurang menyebabkan potensi ilmu teknikal tadi menjadi tinggal separuh sahaja..
Rakan-rakan di RATA hampir semua teman sepejuangan MT dari dulu. Bukan orang lain. Kenal sangat dengan proses yang mereka hadapi juga. Naik turun kemudian paksa naik balik. Sehingga kini proses sama terus berulang kerana dunia pasti akan terus sentiasa mencabar kreativiti pelakon di atas pentasnya. Maka sebab itu proses kerjasama ini mudah. Mereka juga faham kekuatan MT dimana. Niche apa yang MT sudah pilih untuk berdiri sebagai pemberi solusi. Bertukar idea pandangan termasuk konsep baru yang terkini iaitu kaedah menjurus pembangunan LARP. Leadership, Attitude, Relationship & Personal Growth. Cuma ketika berubah tahap pesertanya maka diubah kaedah bahasanya..
Untuk situasi pemula, slot pertama MT ikat dengan anchor kan kepada Kelapa Tua. Tidak perlu menghafal senarai teknik ataupun point-point penting. Namun bila mana cukup melihat Kelapa Tua nanti dimana-mana, maka Subconscious Mind dengan sendirinya akan mengaktifkan setiap kefahaman & pengisian yang dibincangkan dalam kelas. Ini tugas MT yang perlu dilakukan bagi mencipta impak yang lebih panjang. Mereka bukan semuanya dari golongan akedemik. Mereka ramai pejuang ekonomi keluarga masing-masing. Maka kefahaman kesedaran lebih tinggi berbanding mampu menerangkan MT utamakan. Peringkat awal pembelajaran ialah Awareness & Understanding. Jika mempunyai bakat & minat lebih, barulah mungkin ada yang mampu tembus ke peringkat lebih tinggi. Jadi cukup mampu untuk guna sendiri adalah impak paling bagus menjadi sasaran pertama MT..
MT sekarang mahu fokus topi Consulting. Kemudian bersama kemahiran coaching, training, mentoring, facilitating mahupun moderating menjadi tools untuk melakukannya. MT mahu semua dapat manfaat bahawa ilmu EI / EQ perlu diberikan perhatian penuh mulai sekarang. MT selalu pesan, andai tidak berjumpa jawapan apa yang di cari dalam pelbagai ilmu teknikal, mungkin ianya bersembunyi di dalam ruang fundamental kepintaran emosional diri. Laras bahasa menjadi kemahiran lain yang perlu MT terus kuasai untuk memudahkan proses “switch” berlaku ketika level audiences berubah. Sebab itu MT tetap akan terus menjadi pembelajar sama seperti peserta yang ada. Ketika mengajar MT merasa belajar dua kali lebih laju..
Mudah-mudahan kesihatan akan terus bersama kita untuk terus memberi manfaat melalui apa cara sekali pun. MT ulang satu pesan MT dalam kelas tentang bagaimana manusia walau dalam keadaan diam pun tanpa kata-kata, mempunyai tanggapan BERBEZA kepada dirinya sendiri. Apa lagi kepada orang lain. Lebih kurang begini;
“Ketika sesetengah manusia lain melihat kamu cuma sebesar nilai 50 sen, itu pilihan mereka. Tapi ketika kita mengikftiraf diri kita cuma seharga 50 sen, maka itulah takdir hidup kita. Sikap merupakan satu pilihan. Kalender tidak menjamin perubahan. Umur tidak mengubah fasa kemajuan & kematangan hidup. Banyak situasi hanya umur selalu satu-satunya yang bertambah..”
Doakan kita semua terus boleh meniti hari-hari ke depan dengan tenang & menang. Hanya ketika kita melaluinya, barulah akan terlihat kesannya. Selain itu, ianya hanya sebuah andaian semata-mata. Hidup dengan nilai diri bukan dengan label yang orang berikan. Orang lain suka atau tidak dengan nilai yang kamu pilih untuk pancarkan, itu memberi data orang jenis apa yang boleh kamu terus duduk dekat atau biarkan sahaja pergi. Pimpin diri bersedia menuju ke “liang lahad” masing-masing. Rezeki itu terlalu banyak sisi..