Alhamdulillah..
Trainer: Master Tyro
Client: LZ Industry Sdn Bhd
Syukur.. kali ketiga program MT bersama tim LZI SB. Dan kali ni MT bantu pula dengan designkan khusus perjalanan program berdasarkan permintaan arah tuju & kesesuaian fasa akhir tahun mereka. MT memahami apa yang diperlukan sebab ini bukan kali pertama mereka bersama MT. Untuk menambah nilai tinggi kepada keperluan semasa team LZI ni, maka lahirlah sebuah program bertajuk MSB..
Pn Zaharinah merupakan seorang yang dari dulu MT kenal sentiasa terus fokus membangunkan orang-orang yang sentiasa bersama dengannya. Beliau & tim berjuang menghasilkan pelbagai jenama produk yang berkualiti di kilang LZ Industry Sdn Bhd yang terletak di Kudat. Misi sebagai pengilang yang terbaik di Sabah akan terus MT sokong. Sebab itu dengan rasminya program MIND STATE BALANCE telah pun berjaya kita laksanakan bersama. Program ni masih dibawah segmen Team Development Coaching oleh Master Tyro..
MSB ialah sebuah program yang dibangunkan berteraskan 5 module khusus untuk mengembangkan lagi kemampuan & kemahiran “how to grow” pesertanya. Ia banyak berkisar tentang bagaimana menjadi Mindfulness & memiliki kemahiran Interpersonal Communications yang efektif. Selain itu, program ini juga MT design dalam konteks EduTheraphy iaitu gabungan memindahkan ilmu pembangunan diri termasuk melakukan beberapa terapi-terapi ringkas bagi membantu melepaskan beberapa bebanan lama yang terkumpul dalam diri mereka..
Kesihatan & keseimbangan minda serta emosi amat penting terutama untuk tim kecil yang masih diperingkat pemula. Sebelum tim menjadi semakin besar, kemahiran asas bagaimana membina & mewujudkan hubungan baik dalam diri & orang sekeliling perlu dikukuhkan. Sekurang-kurangnya kefahaman tentang corak fikir & rasa seorang manusia perlu ada. Ia adalah bekalan kuat untuk menjadi seorang pemimpin yang berjaya & mampu mempengaruhi serta membimbing manusia yang lain dalam tim masing-masing..
Apapun MT ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada tim LZI kerana konsisten meneruskan misi pembangunan diri di awal & sekarang di akhir tahun lagi. Dengan mendapatkan bantuan luar, cara yang kita telah lakukan sendiri mungkin semakin menjadi lebih lengkap. Teknikal Skill perlu di sokong bersama dengan Non Teknikal Skill. Dan MT sentiasa siap membantu dibahagian NTS tadi bekerjasama dengan semua leader yang memerlukan bantuan tersebut..
Tim anda perlukan sentuhan akhir tahun yang sama? Jom kita bincangkan bagaimana keperluan itu kita lengkapkan bersama-sama. Program MIND STATE BALANCE mungkin adalah apa yang tim anda perlukan sekarang..
Link video pendek highlights program MSB kini boleh klik tonton di komen yang pertama ya..
~Mind State Balance~