MT bersama Komuniti Kg Tandek Laut

Misi 2024 – MT akan terus fokus membawa niche topik Psychological Achievement in Business/ Career/ Students/ Life..

Syukur kemarin selesai bahagian pertama slot MT sehari bersama Komuniti Kg Tandek Laut KM. Menjadi tenaga pengajar ni, MT kena juga sekali pakai topi pembelajar. Kita belajar antara satu sama lain. Menghubungkan maklumat, blend dengan tools yang ada kemudian mencuba mencipta corak kefahaman yang baru. Kerjasama bersama KoSiswa UITM menjadi pembuka tirai kisah tahun 2024 dengan manisnya..

Kita bawakan teknik latihan yang biasanya dalam ruangan mewah tapi kini juga dalam bentuk mesra komuniti setting supaya mereka tidak kekok ketika merasa program di tempat lain nanti. Membiasakan diri mereka di setting, dibentuk, ditegur, di komen, di nilai seawal mungkin. Ini pengalaman pertama mereka & MT merasa semakin perlu lebih ramai orang belajar mengenal pasti situasi-situasi yang penting untuk mencari jawapan melalui platform latihan berguru. Ada yang facilitate & ada yang coordinate. Mind set “aku baldi kecil mereka baldi besar” untuk menampung kefahaman baru boleh dipecahkan. Di ganti dengan aku dengan jenis baldi ku sendiri mengikut kelajuan, kepentingan & keperluan tahap kemajuan diri. Ketika kefahaman dipecah, komunikasi mula di ubah..

Pentas kemarin MT pastikan setiap orang bercakap, berkongsi, bertukar pendapat, membentang, belajar cara menyusun struktur, belajar melihat lebih banyak perspektif, sesi mengenal & belajar menerima keadaan karektor diri. Paling penting mesti ketawa & gembira. Inilah sebahagian isi di dalam topik Pengkomersilan Kesedaran. Ketika sedar bahawa yang diusaha mempunyai pelbagai nilai tambah lain, maka tinggal lagi menyusun position yang betul agar ruang motivasi terisi dengan sendirinya. Kita bila buat hal yang kita suka jarang lah tunggu di suruh. Pasti akan mencari kepuasan sendiri walaupun kadang mata kasar orang seperti buang masa, tapi bukan di mata hati kita..

Kekuatan mereka dengan networking & tim penggerak yang komited, MT sangat yakin program ini boleh pergi sangat jauh jika dibentuk dengan sangat cermat. Walau jauh beratus kilometer dari Bandar KK, dipanggil kawasan luar bandar, tapi mendengar misi visi mereka menyebabkan MT sendiri mahu terus follow rapat cerita mereka. Siapa tahu satu hari nanti bukan saja jagung, tapi ada buah lain menjadi landmark baru menuju ke kawasan utara Sabah. Kita doakan sama-sama. Kemarin kami bermula dengan cahaya panas tapi berakhir dengan kolam air di kaki. Sangat unik & pasti menjadi kenangan kekuatan cerita manis bila di ingat semula suatu masa nanti..

Doakan yang baik-baik untuk kita semua ya..

#MasterTyro2024

#PsychologicalAchivementCoaching

#PersonalDevelopmentGrowth