Sijil C.PTLF akhirnya tiba.

Salah satu kegembiraan MT selain dapat sijil CPTLF yang lepas ialah dapat berkembang bersama mereka. Tim KHW yang sentiasa ada menjadi tulang belakang apa saja situasi yang ada. MT pesan mereka, kita tidak mahu seronok sendiri mengikhtiraf diri baik atau bagus. Tapi mesti berbekalkan pensijilan untuk keyakinan diri termasuk ilmu yang mahu disampaikan kepada orang lain..

Pesan MT kepada mereka kerjaya Professional Trainer & Learning Fasilitator bukan seperti menjadi artis yang perlu dikenali ramai atau hebat berbicara di depan. Tapi mengutamakan pelajar sebagai biggest subjects matter yang perlu diuruskan. Bila murid kita tak berjaya, dahulukan menerima dengan kita guru yang belum pandai. Maksudnya biar kita reflect diri dulu kemudian baru kita campurkan dengan data murid pula bagaimana mereka boleh lebih baik menjadi seorang pelajar..

Pensijilan ni ada banyak. Ada yang mengembangkan ilmu kefahaman, menambahkan jenis kemahiran, mengukuhkan struktur pembelajaran & macam-macam lagi. Sebab tu selain CPTLF, tim KHW juga memiliki pensijilan antarabangsa NLP Practitioner & Critical Thinking. Untuk mengukuhkan lagi ilmu, corak faham & corak kata, mereka teruskan lagi menuntut ilmu dan kini menjadi CTMR sehingga ke Indonesia semata-mata mahu mencari maksud belajar dengan mengajar..

Terima kasih kepada Coach kami Tuan Guru Firdaus Arshad kerana membenarkan ilmu itu sampai. Dan mudah-mudahan akan datang lebih banyak lagi sesi pembelajaran akan kami dapat teruskan bersama. Doakan kami menjadi seperti Tuan Guru yang mampu banyak berbakti. Doakan kami untuk tidak hilang adab kepada guru-guru hidup kami walau setinggi mana jua pencapaian kami. Halalkan ilmu yang sampai kepada kami. Mudah-mudahan apa saja yang kami lakukan menjadi asbab kebaikan sampai jua kembali kepada guru-guru kami..

Tim KHW ni semua di tawau. MT ja sesat dari KB. Jadi selalu ketinggalan bila potong kek. Hari tu sengaja order kek kecil sebab sebahagian lagi tim KHW masih di tawau. Yang hadir kali ni adalah barisan yang fokus mewarnai dunia Trainer dalam KHW. Sebahagian lagi menjadi fasi dan semua mereka merupakan pemilik perniagaan di dalam bidang masing-masing. 4 kali latihan pengalaman menganjurkan Bootcamp Keusahawanan peringkat negeri bersama PolyCC Zon Sabah antara beberapa cerita kecil menjadi ingatan tim ini..

Tahun ni kita usaha teruskan tambah pensijilan lain lagi sebagai komitmen menjadi tenaga sumber manusia lebih baik dari semalam. Kaifa Haluka World. Apa Khabar Dunia?

#MasterTyro2024

#BelajarDenganMengajar

#TimKHW

1. Event ni berlangsung hari tu di Lyndora Cafe, Perdana Park, Tg Aru, KK. Memang sporting pemilik beserta krew membantu menyediakan yang terbaik untuk program ni..

2. Tim KHW yang sekarang juga tim CTMR Malaysia bakal menganjurkan program peringkat tinggi juga menguruskan seorang speaker International dari Indonesia. Jemput lihat program mereka nanti bulan depan di tawau ya.. semak link di komen nanti..